Jumaat, 14 Januari 2011

10 TAPAK IKLAN PERCUMA

Uihh..hehe..letih nak jaga dua blog ni. Tapi sayang kalau tak terisi. Jadi sebagai sampingan aku buat jugaklah entri kat blog nie. Bukan apa,aku takut kang datang pulak Spidermen kat blog aku ni,kang tak pasal-pasal penuh dengan Sawang..hehe.


Blog aku ni aku cipta khas untuk aku berniaga apa-apa je,..ingat aku nak buat kempen sempena blog baru aku ni. Kepada sesiapa yang ada Business Online, korang dijemput untuk iklan blog korang dalam blog aku ini. Ohhh..Don't Worry aku tak charged satu sen pun..F.O.C.

Tapi iklan yang bakal aku pampangkan kat sebelah sidebar (Contoh seperti JOM IKLAN DISINI) hanya akan berkelip-kelip selama sebulan. Tarikh mula iklan berkemungkinan bermula pada 19-01-2011 sehingga 19-02-2011.Tempat tapak iklan terhad kepada 10 Iklan Sahaja.

Sesiapa yang berminat sila tinggalkan kat ruang komen Blog korang (HANYA UNTUK BLOG BUAT PERNIAGAAN SAHAJA) yang nak diiklankan. Segala Banner akan aku uruskan (pun secara percuma). Sekiranya berminat korang berebutlah ek..jangan gado-gado.

Oh ya..tarikh tutup untuk Kempen Iklan Free ini adalah pada 17hb Januari 2010 (Untuk aku buat banner) dan untuk berlaku adil,sekiranya dalam tempoh sehingga tarikh tutup hanya terdapat kurang dari 10 Pengiklan maka kesemua pengiklan akan dapat tapak.

Sekiranya terdapat lebih dari 10 pengiklan yang berminat maka aku akan buat cabutan undi. Yang cabut nanti aku suruh anak aku cabutkan..hehe.. Jadi sesiapa yang berminat korang boleh hantar komen sekarang pada entri ini. Tak rugi iklan kat blog ni walaupun masih baru kerana ada kelebihan...

Apa kelebihannya? Kerana BANNER yang aku buat untuk korang nanti korang boleh promokan blog korang nanti.Amacam rugi ke tak rugi..hehe..oklah tanpa membuang masa aku dengan ini merasmikan kempen ini dengan ucapan Selamat Berjaya kepada para pengiklan..hehe

14 ulasan:

mrs. azhari berkata...

saya berminat ;)

Khairi Mohd berkata...

Salam,

Terima kasih kasi tapak percuma. So macam mana nak apply ni?

Blog aku ada jual barang, buku, hewan dan mcm2. :)

Sufi Tshirt Printing berkata...

salam bro..aku berminat untuk letak iklan..available lagi ke? hehe

JAI berkata...

mrs azhari - Ok noted tapi keputusan akan diumumkan pada 18hb kut..kalau pengiklan bawah 10 sehingga 17hb maka semua layak sekiranya terlebih akan dibuat cabutan undi..

Khairi - Walaikumsalam..hantar komen kat dalam ni dan kata minat gua ambik kira..baca komen balas saya kepada mrs.azhari..

Sufi Tshirt - Walaikumsalam..masih terbuka..refer komen kat atas

mie berkata...

gue minat!!!!
harap berpeluang..
ni bukan sapa cepat dia dapat?
heheeee

mrs.azhari berkata...

tak kira. kena kasi i jugak. klo tak i serang ofis u :)) nway, thanx :)

mylovegifts berkata...

Bisness Online jer ke?
kalo cam aku, tak boley ekk? aku bisness offline..tapi blog aku tu promote bisness yg aku buat..hehehe

Alangkah bagus kalo leh dapat gak..TQ...

JAI berkata...

mrs.azhari - Meh bagi link mana nak letak..bisness sahaja tau..

khairi - bro lu niaga online ker apa nie?

sufi Tshirt - Ok bro..layak..banner nanti buat.

Mie - Ko jual apa? Jual orang aku tak terima..hehe

mylovegift - kalau promote kat blog boleh kut..nanti saya tengok dulu

mrs.azhari berkata...

kalau tak ada blog camno? business i tak online.

JAI berkata...

mrs.azhari - Laa..camner nak niaga..adeyy..kenapa tak buat blog?? Buat simple blog pun ok dah leh start niaga dah

mylovegifts berkata...

ok..TQ Bro..

n!d@ berkata...

saya berminat.harap masih ada peluang=)

mrs.azhari berkata...

sorry. mmg tak ada blog. tak apa lah klo mcm tu. kalau dh ada blog nanti i inform u ya ;) errr next year? :) nway, thank you!

kue berkata...

ade lg ke tapak iklan kosong untuk bl0g ray-ban nih huhu

http://raybanplanet.blogspot.com/

xdapat tapak free dapat design banner free 1 p0wn jadi la :-)